Singapura Umumkan Awal Ramadan 19 Februari 2026, Anak Bulan Tidak Terlihat
Pemantauan hilal yang dilakukan di Kota Batam Kepulauan Riau tetangga Singapura.
Singapura, Batamnews – Umat Islam di Singapura akan menyambut bulan Ramadan pada 19 Februari 2026, demikian diumumkan oleh Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Pengumuman penting ini dibuat dalam pernyataan media oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 17 Februari 2026. Tarikh tersebut ditetapkan setelah pekiraan astronomi di negara tersebut mendapati bahawa anak bulan Ramadan tidak dapat dilihat di ufuk Singapura pada waktu maghrib hari yang sama.
Menurut perhitungan falak, kedudukan bulan yang terbenam empat menit lebih awal daripada matahari menyebabkan anak bulan tidak memenuhi kriteria untuk menandakan permulaan bulan puasa.
Baca juga: Hasil Rukyatul Hilal di Batam 17 Februari 2026: Hilal Tak Terlihat, Ini Penyebabnya
Pemantauan hilal pada petang 17 Februari 2026 mengesahkan bahawa bulan sudah terbenam sebelum matahari tenggelam. Dalam ucapannya, Dr Nazirudin turut menyampaikan pesanan khusus kepada seluruh masyarakat Islam di Singapura.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah yang tulus kepada seluruh masyarakat Islam di Singapura: Selamat menjalani ibadah puasa, semoga dipenuhi keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT," katanya.
Mufti Singapura itu turut mengajak umat Islam merebut peluang berharga ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
"Marilah kita merebut peluang berharga ini untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT melalui ibadah yang istiqamah, bersyukur, berbudi pekerti mulia, dan saling memberi dalam interaksi sesama kita," pesannya lagi.
Baca juga: Hilal Belum Terlihat, Kemenag: 1 Ramadan 1447 H Secara Hisab Jatuh 19 Februari 2026
Umat Islam di Singapura kini akan memulakan persiapan menyambut kedatangan Ramadan yang bakal tiba dalam dua hari lagi.

Komentar Via Facebook :